Pembedahan lancar, Lee Je-hoon kian sihat

SELEPAS menjalani pembedahan kolitis iskemia  bagi merawat masalah berkaitan usus, pelakon Lee Je-hoon akhirnya dibenarkan keluar dari hospital.

Pembedahan kecemasan tersebut berjalan lancar dan dia kini sedang berehat di kediamannya.

Pihak pengurusan Company On memaklumkan, Je-hoon boleh kembali berkerja seperti biasa dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Sebelum ini, aktor berusia 39 tahun itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang kronik.