Perkara tersebut dikongsikan pelakon asal Kentucky, Amerika Syarikat itu yang sebelum ini pernah menyebut undang-undang privasi di Perancis sangat ketat sekali gus mampu melindungi keluarganya daripada paparazi.
“Saya mencintai budaya Perancis dan bahasanya meskipun selepas belajar 400 hari belum lagi fasih,” seloroh aktor berusia 64 tahun itu dalam wawancara di sebuah stesen radio.
Menurut Clooney, keluarganya gembira tinggal di negara itu kerana foto anak-anak tidak dirakam tanpa izin selain tidak perlu bimbang dengan kehadiran paparazi di sekolah.
Menerusi status barunya, Clooney kini memegang dua kewarganegaraan iaitu Amerika Syarikat dan Perancis, malah dia dan Amal turut memiliki beberapa hartanah di Perancis termasuk ladang anggur Domaine du Canadel di pinggiran Brignoles. – HIBGLAM
