Katanya, kehidupan di rumah mulai sunyi selepas permata hati hasil perkongsian hidup dengan bekas suami juga penyanyi, Chris Martin iaitu Apple, 21, dan Moses, 19, melanjutkan pengajian.
“Ketika mula bekerja pada usia 20-an dulu saya kesunyian. Kemudian selepas berkeluarga, sampai satu tahap saya mahu melihat anak-anak membesar di depan mata.
Bukan hanya menjaga anak, berehat seketika daripada dunia lakonan membolehkan saya mencari semula jati diri,” ungkapnya.
Menurutnya yang turut mempunyai dua anak tiri daripada perkahwinan terdahulu suaminya, Brad Falchuk, menjadi suri rumah sepanjang tempoh ‘bercuti’ sangat bermakna.
Begitupun, dedah Paltrow, 53, dia terbuka hati untuk kembali ke set sebaik diajukan tawaran filem Marty Supreme arahan Josh Safdie kerana mengingatkannya dengan karya era 1990-an. – HIBGLAM
