Mesra bersama, Nadia Brian, Nedim bercinta?

Dalam foto tersebut, Nadia atau nama penuhnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, bergambar bersama Nedim dipercayai di sebuah restoran.

Dia juga memuat naik foto bersama anak lelaki Nedim hasil perkahwinan dengan Nora iaitu Mohamed Neqayl yang turut merangkul mesra lehernya.

Sementara itu, Nedim turut berkongsi fotonya bersama Nadia dalam akaun Instagramnya sekali gus memberi gambaran mengenai hubungan baik yang terjalin antara mereka ketika ini.

Sebahagian kecil daripada hati saya tinggal di sini,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Dia juga mengulang siar perkongsian InstaStory Nadia yang berkongsi foto mereka berdua dan turut meletakkan emoji berbentuk hati berwarna biru.

Menjengah ruangan komen, rata-rata mengakui terkejut selain dihujani ucapan tahniah meski Nedim mahu pun Nadia tidak menjelaskan secara terperinci  makna di sebalik foto mereka berdua.

Nadia bagaimanapun ketika dihubungi HibGlam tidak memberi sebarang komen mengenai foto yang menjadi bahan bualan ramai ketika ini.

Terdahulu, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Nora pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Neyqal. Bagaimanapun, mereka kemudiannya disahkan bercerai pada Julai 2024.

Nadia pula pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai secara sah pada April 2021. – HIBGLAM