Odah berlakon, Sakinah kongsi tip!

Bakatnya itu jelas dilihat selepas dia berlakon bersama Hadie Elfardie menerusi drama pendek yang dimuat naik dalam akaun Instagram @sugehresort.

Meski meraih pujian ramai, ibu saudaranya, Sharifah Sakinah sempat meninggalkan komen agar Oddah mengurangkan penggunaan slanga ‘hah’ dalam dialognya.

Odah, jangan banyak sangat ‘hah’ itu. Dialog itu perlu kena dikarang lagi, ‘pacing’ dengan Hadie perlu laju. Jangan teragak-agak macam cerita Melayu tahun 80-an,” tulis Sakinah.

Dalam masa sama , Hadie turut meraih pujian ramai kerana dIkatakan berbakat sebagai pelakon dan tidak kaku. – HIBGLAM