Tuah Dr. Afifah dirisik penerbit

Sepanjang beberapa bulan kes mahkamah berlangsung, ramai mula mengenali Dr. Afifah atau mesra disapa Dr. Fie.

Doktor gigi itu nyata mempunyai aura apabila ramai netizen mula mengikuti laman sosial dan perkembangan dirinya.

Tidak hairan tumpuan diberikan turut membuka ruang untuk ibu tunggal anak tiga itu berjinak-jinak terjun ke arena seni.

Difahamkan, memang ada penerbit yang dah merisik-risik sama ada Dr. Fie berminat untuk berlakon dalam produksi mereka.

Tapi mungkin tawaran belum disampaikan kepada tuan punya badan. Kita pula tak sabar tengok aksi wanita lembut itu di layar kaca.

DIVA: Kasihan tengok Andi Bernadee asyik sakit sahaja, kena mandi bunga agaknya.