Practical Magic 2 ubati duka Nicole Kidman

Akuinya jelitawan itu, jadual penggambaran yang padat secara tidak langsung menenangkan emosi dan luka di hatinya.

“Saya masih ingat, penggambaran di London berlangsung pada musim panas. Meski berdepan fasa paling sukar dan menyedihkan, saya rasa tenang.

“Bersama Sandy Bullock, Joey King dan Maisie Williams, kami teruja dapat bekerja dalam produksi yang luar biasa.

Kebiasaannya saya rasa tertekan apabila bekerja dan pada masa sama perlu menguruskan isu peribadi tetapi kali ini tidak.

“Saya rasa sangat lega sibukkan diri di lokasi, lupa segala masalah di rumah,” katanya.

Terdahulu, selepas 19 tahun hidup bersama, rumah tangga Kidman dan penyanyi Keith Urban berakhir pada September lalu berikutan tiada lagi persefahaman selain Urban di dakwa menjalin hubungan dengan pemuzik muda. – HIBGLAM