Moga lelaki jadi pemimpin beradab, berprinsip – Zizi Kirana

Diva memang tertarik dengan kata-kata Zizi untuk lelaki sebab jarang orang perempuan nak cakap benda baik tentang jantina lain, selalunya mengamuk sahaja dalam media sosial.

Selamat hari lelaki. Semoga setiap lelaki terus menjadi pemimpin qawwam (pelindung) yang berprinsip, beradab dan penuh rahmah.

“Lelaki yang menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai kompas hidupnya,” ujarnya.

Sangat mendalam tetapi sarat dengan mesej. Perkongsian begini yang Diva suka, saling mendoakan, bukannya asyik nak cakap ‘lelaki semua sama’ sahaja.

Semoga apa yang dikongsi Zizi akan terus menjadi inspirasi kepada orang lain dan harap lebih ramai lelaki berkualiti terhasil selepas ini.

DIVA: Agak-agaknya bila lagu Zizi dengan Malique akan keluar ya? Ramai sudah tidak sabar.