Walaupun kedengaran agak kasar iaitu ‘spesies’ sebegitu hanya pandai buat anak tetapi lari daripada tanggungjawab, ada benarnya kata-kata ibu enam anak itu.
Bukanlah Diva pukul rata semua, cuma segelintir yang tidak berkemampuan dari segi nafkah tetapi nafsu nak ‘pasang’ satu lagi membuak-buak.
Atas sebab itu, Abby bagi cadangan agar kerajaan menggubal undang-undang baharu berhubung perkahwinan agar lelaki dayus tidak lagi bersikap lepas tangan terhadap anak-anak.
Harapannya, jika isu nafkah masih tertunggak dan liat nak tunaikan, elok jangan luluskan permohonan pernikahan individu culas itu. Setuju!
DIVA: Terkejut dengar pengakuan penyanyi Safura yang pernah berdepan gelombang perkahwinan.
