‘Doakan isteri syurga saya’ – Amira Othman sakit?

Demikian perkongsian pelakon, Fattah Amin yang memuat naik gambar katil hospital bersama kapsyen meminta orang ramai mendoakan insan kesayangannya itu.

Begitupun, pelakon filem Pendekar Awang itu tidak memperincikan keadaan sebenar Amira.

Foto berlatarkan rona hitam putih itu juga mengundang kebimbangan peminat yang nyata ingin mengetahui perkembangan terkini Amira.

Menerusi semakan, hantaran yang dimuat naik dalam Insta Story itu dikongsikan sekitar tengah malam tadi.

Tinjauan di akaun Instagram penyanyi lagu Hati-Hati itu pula mendapati pasangan terbabit sempat menghadiri sebuah majlis sebelum itu.

Amira turut menunjukkan gambar tangannya yang memakai tiup drip ubat bersama keterangan ‘Esok kena fly (terbang). Semoga sempat sihat, Nadia Amira,” tulisnya.

Menurut sumber terdekat, difahamkan Amira mengalami demam yang mengakibatkannya dirawat di hospital.

Kali terakhir dia dimasukkan ke wad adalah pada Jun lalu berpunca daripada keracunan makanan.

Terdahulu, Fattah dan Amira bergelar suami isteri pada hari ulang ulang tahun ke-35 aktor terbabit iaitu 14 September lalu. –  HIBGLAM