Malah, Malique atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim, 48, berkongsi gambar tersebut tanpa meletakkan kapsyen, sekali gus mencetuskan tanda tanya ramai.
Netizen berspekulasi bahawa bekas anggota Too Phat yang sinonim dengan panggilan Mr. General itu ke sana bagi menziarahi penyanyi Yasin Sulaiman.
“Ziarah Yasin ke? Semoga ada lagu baru,” kata peminat.
Mungkin dia melawat Yasin tapi kalau sebaliknya doa yang baik-baik, amin,” ujar pengikut.
“Kirim salam pada Yasin,” tutur netizen lain.
Bagaimanapun, ada juga pihak mendakwa pelantun lagu Sedih Hati itu berada di pusat yang dikenali sebagai hospital psikiatri terbesar untuk pesakit mental kerana berdepan masalah.
“Kalau ada masalah beritahulah, kita sembang-sembang. Telefon saja bila-bila masa,” ujar pengikut.
Semoga dipermudahkan dan sihat walafiat Tuan Budiman,” tutur peminat.
Sebelum ini, Malique mengundang perhatian ramai apabila muncul dengan akaun Instagram rasminya, Malique Ibrahim.
Kewujudan akaun tersebut membuatkan peminatnya teruja selain berharap Malique akan terus menghasilkan karya-karya hebat.
Terdahulu, selepas pembubaran Too Phat pada 2007, Malique bergerak solo dan tidak pernah muncul dalam mana-mana platform media termasuk media sosial.
Namun dia masih terus aktif menghasilkan lagu dan bekerja di belakang tabir. – HIBGLAM
