Raja Azura, 53, bagaimanapun tidak menyatakan mana-mana nama sebaliknya sekadar menitipkan tip kepada individu yang memasang impian untuk menjadi seorang pengacara disegani ramai.
“Saya ingatkan kepada pengacara hari ini, jangan jadi orang lain, jadilah diri sendiri di atas pentas.
“Selesakan diri dalam setiap ruang di atas pentas. Jangan jadi orang lain.
“Jangan sesekali cakap macam ‘oh! saya terpaksa melakonkan watak ini bila saya berada di atas pentas’, tak perlu jadi orang lain,” katanya kepada HibGlam.
Tambahnya yang juga bekas hos program Melodi, tugas seorang pengacara adalah untuk mengendalikan sesebuah program dan tidak perlu menghadirkan watak berbeza untuk menjadikan acara tersebut sebagai miliknya.
“Jangan, sebab pengacara bukan pelakon.
“Awak adalah ‘master’ untuk majlis tersebut. Pentas itu awak punya” jelasnya.
Ujarnya, perkara tersebut ada dilakukan oleh pengacara zaman sekarang yang berusaha mencipta karakter berbeza berbanding menonjolkan identiti sendiri.
“Ada yang tak jadi diri sendiri. Bukanlah macam nak jadi orang lain, cuba nak jadi macam orang lain.
“Jadi pengacara, tak perlu nak berlakon di situ,” katanya lagi.
