Ujar Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, rumah tangga bahagia lahir daripada usaha bersama dua jiwa yang mahu memperbaiki diri, menghormati pasangan, serta tidak jemu menyemai kasih dan perhatian setiap hari.
“Perkahwinan bahagia bukan hanya tentang wang ringgit, walaupun duit memang penting.
“Tetapi kebahagiaan sebenar datang daripada pasangan yang mahu berubah menjadi lebih baik, saling menghormati dan melayan satu sama lain dengan kasih sayang,” katanya dalam Threads.
Tambah pelakon Adam Hawa itu, komunikasi terbuka antara suami dan isteri menjadi kunci utama keharmonian rumah tangga selain pasangan harus berani berkongsi rasa serta berterus terang dalam apa jua hal agar tidak timbul salah faham.
“Komunikasi terbuka dan berkongsi segala-galanya dengan pasangan amat penting.
Perkongsian ibu dua anak itu menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen yang memuji kematangan serta nilai nasihat disampaikan.
“Betul kata Anzalna, duit bukan segala-galanya. Kalau tiada hormat dan kasih sayang, rumah tangga boleh runtuh,” tulis peminat
“Setuju sangat! Ramai lupa perkahwinan bukan tentang siapa paling kaya, tapi siapa paling sabar dan memahami,” komen netizen.
“Doa saya semoga rumah tangga Anzalna terus bahagia, contoh terbaik untuk pasangan muda,” kata seorang pengguna media sosial.
Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki, pada tahun 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees, 6, dan Mohamad Emirhan, 3. – HIBGLAM.
