Isa, 32, berkata, gelagat segelintir individu merakam aksi di atas katil dengan tidak berbaju mengundang banyak perkara yang tidak sepatutnya termasuk komen kurang sopan daripada netizen.
“Jamilah? Trend yang memalukan dan menjatuhkan umat Islam sahaja.
“Lelaki dengan tak malunya berbaring atas katil separuh bogel dengan muka miang masing-masing.
“Perempuan pula tak mahu kalah dengan komen-komen yang tak senonoh,” katanya dalam platform Threads.
Tambah Isa atau nama penuhnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, lebih memalukan apabila melihat ramai golongan wanita yang berstatus isteri tanpa segan silu meninggalkan komen yabg tak seharusnya.
“Masalahnya bini orang pun nak menggatal sekali dan isu paling besar adalah semua yang terlibat ini umat Islam.
“Kalian semua ini sudah putus urat malu ke apa? Dunia dah akhir zaman,” katanya lagi.
Tidak berseorangan, perkongsian tersebut turut meraih respons ramai yang rata-ratanya bersetuju dan berpendapat trend Jamilah tersebut adalah menggelikan.
Terdahulu, trend Jamilah meledak selepas pelakon, Que Haidar memuat naik video berbaring di atas katil tanpa memakai baju sambil menyanyikan lagu asal milik Jamal Mirdad.
Trend tersebut seterusnya menjadi ikutan ramai selebriti dan usahawan lelaki termasuk Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Red. – HIBGLAM
