Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram, 66, menjelaskan, dia menyedari Elaine berdepan kesukaran besar untuk menghafal lirik lagu dalam bahasa Melayu sehingga menjejaskan fokus serta penghayatan persembahannya.
Saya selaku pengarah muzik, bila nampak dia sengsara menghafal lirik dan habiskan masa hampir 80 peratus pada lirik, jadi dia hilang banyak benda dari segi jiwa serta tempo.
“Kemudian, saya rasa dia bagi lain ‘handicap’. Tempatnya GV, kita mengalu-alukan artis, kita taklah kejam terus buang.
“Bila melihat komitmen dia, dia sangat komited dengan baju dia yang taja sendiri. Jadi saya rasa adil bagi lagu bahasa ibunda dia,” katanya kepada HibGlam pada sidang media GV12 selepas program selesai.
Dalam masa sama, Tok Ram maklum mengenai keadaan kesihatan Elaine yang dikatakan mempunyai masalah jantung.
“Yang saya tahu sebelum ini dia ada kata dia ada masalah jantung. mungkin dia stres.
Tapi kita tak paksalah. Kalau dia cakap esok lusa doktor suruh rehat, kita harus hormati.
“Kesihatan adalah nombor satu,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Roa, Idlan Zahari berkata, pihaknya sentiasa peka dengan keadaan semua peserta GV12 dan menghormati sekiranya Elaine memilih untuk menarik diri.
“Semua latar belakang peserta kita tahu dan pihak produksi dah teliti. Tapi saya rasa waktu kita jumpa setiap peserta, mereka diberi pilihan untuk sertai atau tidak.
Semua peserta buat keputusan sertai dengan masalah kesihatan dan sudah pasti kalau ada keadaan yang memungkinkan untuk tarik diri, kami hormati,” jelasnya.
Semalam, Elaine mengejutkan ramai apabila mahu mengundur diri daripada Gv12 sekali gus memberi bayangan mempunyai masalah kesihatan.
Ketika menyampaikan lagu Angan-Angan nyanyian asal Raja Ema, Elaine kelihatan tidak selesa.
Bagaimanapun, juri tempatan Tok Ram dan Hetty Koes Endang menolak permintaan tersebut dan berjanji mahu memberikan lagu Kantonis buatnya pada minggu hadapan. – HIBGLAM
