‘Doakan Allah mudahkan..’ – Bakal suami Tiz Zaqyah munculkan diri

Demikian perkongsian seorang lelaki di Instagram dikenali sebagai Nas Amer yang dipercayai bakal suami kepada pelakon, Tiz Zaqyah.

Hantaran itu dikongsikan selepas Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 37, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kenalan zaman kanak-kanaknya.

Biarpun tidak memperincikan identiti lelaki yang mencuri hatinya, menerusi carian di laman sosial terdapat banyak gambar mereka berdua di Instagram individu terbabit.

Bahkan hantaran yang dibuat Nas Amer bersama foto terbaru dengan aktres terbabit menguatkan lagi andaian jurulatih kecergasan itu merupakan bakal suami Tiz.

Semakan dalam ruangan komen turut memberi bayangan mereka mempunyai hubungan istimewa apabila ramai mendoakan urusan mereka dipermudahkan.

“Esok nak tempah baju ada tema tak,” tulis seorang pengikut.

“Alhamdulillah, semoga semuanya berjalan lancar,” kata pemilik akaun Instagram lain.

Terdahulu, pelakon drama Nur Kasih itu memaklumkan lelaki yang bakal dinikahi nanti juga bukan orang dalam industri seni, tetapi adik kepada seorang pelakon.

Bagaimanapun, pasangan terbabit belum menetapkan tarikh hari bahagia mereka. – HIBGLAM