‘Tak terdetik cari pengganti, fokus cari duit, besarkan anak’

Demikian respons pelakon Linda Hashim yang menegaskan tidak manis untuknya mengulas perihal masa depan memandangkan kes perceraiannya dengan suami, Beego di mahkamah belum selesai.

Ujar Linda atau nama penuhnya Norhazlinda Hashim, 41, fokus utamanya kini adalah mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya dengan sebaik mungkin.

“Buat masa sekarang saya tak terdetik langsung pun nak cari penggantin (suami) macam ini atau macam itu.

Tak terlintas langsung, saya cuma fokus cari duit nak besarkan anak,” katanya kepada HibGlam.

Ditanya sama ada Beego enggan melepaskannya kerana bimbang dia akan bersama lelaki lain, Linda tidak menafikan kerana perkara itu pernah dibangkitkan pelakon itu.

Dia ada tanya tapi saya tak boleh jawab benda itu sebab luar bidang kuasa saya,” ujarnya.

Berkongsi pendapat peribadi, pelakon filem Syaitan Munafik itu berkata, wanita mampu hidup berdikari tanpa lelaki dalam hidup mereka.

“Perempuan bukan macam lelaki. Maaf ya, lelaki kalau perempuan tak ada tidak boleh.

Kita perempuan tak apa, boleh hidup. Bukan nak cakap apa tapi itulah yang saya rasa,” katanya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan tarikh 16 Disember 2025 untuk pihak Linda memfailkan taklik yang masih belum dibuat.

Sebelum ini, Linda dan Beego pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mereka sepakat rujuk semula pada 9 April 2023 sekali gus hadir bersama ke mahkamah bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Linda turut memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali peluang diberikan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Jelita Clarissa, 11; Anggun Cassandra, 10; dan Indah Camelia, 6. – HIBGLAM