Meskipun perkahwinannya bersama pelakon jelita, Uqasha Senrose sedang bergolak, Kamal bercuti selama tiga hari untuk melakukan persiapan meraikan hari istimewa itu bersama isterinya.
Hari ini anniversary perkahwinan saya yang keempat. Sepatutnya memang sudah rancang untuk sambutan tetapi sudah jadi seperti ini, saya reda,” kata Kamal.
Tambah Kamal, sambutan ulang tahun perkahwinannya kali ini agak berbeza tanpa Uqasha.
Tahun ini agak berbeza kerana raikan sendiri sahaja. Saya memang ambil cuti dan membuat perancangan sambutan, setiap tahun pun begitu.
“Cuma tahun ini tidak berjaya sangat. Orang kata lima tahun pertama perkahwinan adalah tempoh yang sangat mencabar. Saya selalu cakap dengan diri, ini dugaan Allah.
Pasti akan ada benda baik yang Allah hendak beri. Saya harap perkara baik itu adalah bersama dengan anak dan isteri,” ujarnya.
Dalam pada itu, Kamal berterima kasih atas sokongan yang diterima daripada perlbagai pihak terutama peminat dan netizen.
“Doa yang baik-baik, saya bukan hendak raih simpati. Biarlah orang nampak pada waktu ini saya mengejar anak dan isteri saya.
Saya berperang bukan untuk berpisah tetapi berperang untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Terima kasih netizen yang tolong beri idea dan ‘spam’ beramai-ramai menyampai hasrat saya.
“Nampaknya rancangan kita tidak menjadi sangat. Nanti kita rancang yang lain pula. Terima kasih, saya okey sahaja sekarang dan gembira melihat Uqasha pun sibuk bekerja,” tutur Kamal.
Menurut Kamal lagi, komunikasinya dengan Uqasha masih terbatas kerana menggunakan orang tengah.
Komunikasi sama seperti hari itu, kita pakai burung. Mungkin merajuk lama, tetapi ini macam lama sangat. Hendak berjumpa anak pun ada prosesnya, saya ikut sahajalah permintaannya,” kata Kamal yang ditemui pada sesi sidang media drama Bahagia Yang Tertangguh di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober dan prosiding pertama telah berlangsung pada 22 Oktober lalu.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan. – HIBGLAM
