Menurut Fazura, 42, dia tidak menolak untuk kembali bergelar isteri meskipun pernah melalui episod perceraian dengan bekas suami, Fattah Amin sebelum ini.
Kahwin atau tidak, bukannya urusan sesiapa sebaliknya ketentuan Allah.
“Apa yang terbaik untuk saya hanya Allah yang boleh menentukan bukan orang lain,” katanya dalam siaran langsung baru-baru ini.
Tambah Fazura, lelaki tersebut perlulah menyayanginya dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya selain tidak menolak dikurniakan jodoh dari Indonesia.
“Jodoh Indonesia? Mana tahu, kalau itu yang terbaik.
“Saya mahu ialah jodoh yang diredai Allah, baik, faham agama dan bertanggungjawab.
Semoga semua yang saya doa, mudah-mudahan Allah makbulkan. Lelaki yang sayang saya, Fatima, mampu buat kita bahagia dan boleh susah senang bersama selama-lamanya di dunia serta akhirat,” katanya lagi.
Dalam video berbeza, Fatima turut meluahkan keinginan untuk menerima kehadiran seorang bapa baharu
“Nak,” jawab Fatima ringkas apabila ibunya bertanya sama ada dia mahu bapa baharu.
Ujar Fazura, Fatima akan menilai sendiri mana-mana individu yang ingin menjadi bapanya.
Dia bahkan berkata netizen tidak perlu bertelagah mengenai dirinya yang kini terbuka berbicara soal jodoh dan percaya Tuhan sudah menjanjikan yang terbaik.
Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 2017 namun pasangan ini telah disahkan bercerai pada 2024. – HIBGLAM
