Menurut sumber, Lotter, 43, dimasukkan ke hospital pada awal pagi semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.
Pemilik nama lengkap Lotter P. Edwin Edin kelihatan sangat ceria dan berusaha menyembunyikan penyakitnya menyebabkan ramai rakan serta kenalan artis terkejut dengan pemergiannya.
Mendiang dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di hospital di samping keluarga dan rakan-rakan
rapat.
Penyanyi kelahiran Sabah itu difahamkan sudah bertunang dan dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Selain aktif dalam nyanyian, mendiang juga pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di Suria FM dan VOK FM. -HIBGLAM
