Namron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 55, berkata, berbual dengan golongan pintar memberikan banyak input bermanfaat yang tidak membosankan.
Saya mudah tergoda dengan lelaki yang pintar, berilmu, petah apabila berbicara serta tidak sombong.
“Saya akan duduk mendengar apabila dia bercerita kerana setiap kata-katanya bagai emas yang berharga,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Menurut pelakon filem Qifarah itu, perkara tersebut merupakan luahan yang perlu dikongsikan kepada orang ramai.
“Ada masanya, apa yang saya rasa terkeluar dengan kata-kata. Selamat Malam Malaysia,” ujarnya.
Difahamkan, hantaran itu mempunyai kaitan dengan sokongan serta rasa hormat terhadap pendirian aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad atau dikenali sebagai ZRA.
Respek pada ZRA yang tidak menadah muka demi kemasyhuran,” tulisnya dalam hantaran lain.
Sukarelawan yang turut bersama 22 peserta dari Malaysia ke Gaza itu sebelum ini pulang terus secara diam-diam sebaik tiba dari Turkiye, Istanbul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
ZRA yang banyak berkongsi mengenai situasi di Gaza antara pengamal media tempatan terawal yang menyelinap masuk ke Israel dan Palestin untuk merakam dokumentari pada 2005 dan 2008. – HIBGLAM