Ungkapan itu menjadi semangat di sebalik Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025, sebuah persembahan mega anjuran Nusavue yang bakal menggoncang pentas Zepp Kuala Lumpur pada 7 Disember ini.
Menariknya, konsert bertemakan “Berani Bersuara, Bersama KITA” itu menghimpunkan barisan bintang hebat tanah air termasuk Datuk Ramli Sarip, Cradle Band, Alpha, Bella Astillah, Nadeera, Wani Kayrie dan Liza Aziz selaku artis undangan khas. Gabungan nama-nama ini dijangka mencetuskan aura luar biasa dengan mesej besar – hentikan budaya buli!
Lebih daripada sekadar hiburan, konsert ini menjadi platform menyebarkan keberanian, kasih sayang dan perpaduan. Menerusi gabungan muzik, mesej inspirasi dan interaksi bersama penonton, ia mengajak masyarakat terutama golongan muda untuk berani bersuara menentang penindasan.
Menurut wakil penganjur, Nusavue, budaya buli bukan hanya berlaku di sekolah tetapi turut menular dalam masyarakat dan alam maya.
Kita mahu rakyat Malaysia bangkit bersama dan bersuara. Menentang buli bermakna menolak kezaliman dalam apa jua bentuk,” katanya.
Konsert ini turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Yayasan Ikhlas, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Shah Alam, SULAM: DOKPANIC Special Edition, Gempak, AQA, Right Balance Private, La Dentadan Mic Bocor.
Tiket mula dijual 14 Oktober 2025 menerusi www.myticketempire.com dan www.nusavue.my.