Tak mati kot kalau tak makan duit haram ‘isswell’ – Nadzmi Adhwa

Nadzmi atau nama lengkapnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, berkongsi kekecewaannya dalam hantaran yang dimuatnaik dalam akaun Threads.

“Masih juga tak nak boikot. Tak mati kot kalau tak makan duit haram ‘isswell’ tu. Berapa sangat tawaran untuk produk mereka yang kawan-kawan tak boleh sangat nak tolak tu?

Sedarkah produk-produk tersebut menyumbang kepada pembunuhan saudara kita di sana?

“Sedihlah tengok kawan-kawan sendiri dalam industri pun tak cakna,” tulisnya.

Isteri Nadzmi iaitu Ardell Aryana yang menyertai misi kemanusiaan Sumud Flotilla ke Gaza kini berada dalam tahanan tentera Zionis selepas kapal mereka ditawan semalam.

Ketika ini, netizen sedang giat menyenaraikan nama-nama selebriti tempatan yang dilihat masih galak mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Zionis.

Antara nama-nama yang menjadi sebutan ialah Eyka Farhana, Nadhir Nassar, Neelofa, Ameera Khan, Meerqeen dan Hun Haqeem. – HIBGLAM