12 tahun menyanyi, ini anugerah pertama saya – Daiyan Trisha

Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, mengambil kesempatan tersebut dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan pengurusannya.

Terima kasih Daiyanation (kelab peminat). 12 tahun dalam industri ini anugerah pertama sebagai penyanyi dan penulis lirik.

“Selain itu, terima kasih kepadaPersatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan AIM serta pihak pengurusan saya. Terima kasih juga kepada produser saya,” katanya selepas menerima anugerah.

Selain itu, penyanyi dan pelakon itu turut mendedikasikan anugerah tersebut buat semua artis indie yang bergelut membina nama dalam dunia seni.

“Saya nak dedikasikan anugerah ini kepada semua artis indie.

Sebab saya faham macam mana susahnya untuk berdiri atas kaki sendiri,” ujarnya lagi.

Daiyan berjaya menundukkan lagu B.D.T nyanyian Jaclyn Victor, Drip (Dolla), The Best (Ernie Zakri) dan Old Love (Yuji dan Putri Dahlia). – HIBGAM