Selepas 17, Mimi Fly akhirnya julang trofi AIM24

Menurut wakilnya, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 38, memaklumkan penantian panjangnya akhirnya membuahkan hasil.

“Alhamdulillah, terima kasih AIM24. 17 tahun saya berada dalam industri ini sejak 2008.

“Saya ambil masa berehat pada 2020 dan buat keputusan untuk buat kemunculan semula pada 2024.

Saya rasa terlalu tua dan ini bukan masa saya lagi tapi alhamdulillah Angkat memberikan hasil terbaik untuk saya,” katanya usai menerima anugerah.

Pelantun lagu Serumpun itu tidak dapat hadir ke acara berprestij itu kerana menjayakan persembahan di Sarawak.

Pada masa sama, Mimi turut menyatakan komposer Wan Syahman Wan Yunus yang mendorongnya membawakan lagu Angkat sehingga berjaya di pentas berprestij malam ini.

Angkat merupakan inspirasi daripada Wan Shahman untuk kembali memperkasakan diri saya.

“Kali ini saya tampil dengan label dan pasukan sendiri. Terima kasih semua,” ujarnya.

Mimi berjaya menewaskan empat calon lain iaitu 99 nyanyian Fugo, Nada Baru (FLQ feat Yuna), Ruang (Late Night Frequency feat Aiman Nomad) dan Tak Sempurna (Aril feat Nigel Sparks). – HIBGLAM