‘Boleh tidur lepas kutuk orang lain, sangat toksik!’

Enggan melihat situasi sebegitu berterusan, Ezzanie, 25, berkata, perkara tersebut pernah membuatkan dia terfikir untuk menutup semua akaun media sosial miliknya.

“Pernah tak sampai tahap kau berada di titik memang nak buang semua akaun media sosial yang ada?

“Sangat toksik,” katanya dalam platform Threads.

Dia turut mempersoal bagaimana segelintir individu dapat menjalani hidup tenang selepas menulis pelbagai perkara negatif dalam media sosial.

“Baca benda-benda yang tak baik, bagaimana sesetengah orang boleh tidur selepas bercakap buruk tentang individu lain.

“Padahal bukan cakap fasal kita pun, tetapi orang lain.

“Namun adakalanya semua itu tetap beri kesan kepada kita yang membacanya,” katanya lagi.

Dalam ruangan komen, perkongsian tersebut meraih sokongan ramai dan rata-ratanya menasihatkan dia agar memilih konten yang positif agar tidak memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental.

“Setuju dengan kenyataan ini, perkara negatif dalam media sosial selalunya beri kesan kepada energi kita.

“Media sosial sekarang semakin seram sehinggakan hilang mood untuk main media sosial,” komen netizen. – HIBGLAM