‘Memang saya rasa terpukul lihat beliau berubah’

Ujar anak kepada penerbit drama sensasi, Datuk A. Aida itu, Dharma sentiasa menunjukkan disiplin tinggi di set selain gemar mengajak rakan pelakon membaca skrip bersama-sama sebelum penggambaran bermula.

Jujur saya katakan, saya memang kagum sungguh dengan Abang Dharma. Setiap kali sebelum memulakan penggambaran, beliau akan ajak kami baca skrip bersama. Cara beliau memang sangat profesional, berbeza dengan pelakon baharu.

“Sebelum masuk ke set, saya sebenarnya berdebar kerana ini kali pertama bergandingan dengan pelakon legenda sepertinya.

‘Namun, beliau seorang yang rileks, mesra dan suka berlawak,” katanya ketika ditemui di set penggambaran telefilem Ayah di Pusat Jagaan Harian Warga Tua, Cheras, baru-baru ini.

Meresap

Berkongsi pengalaman, gadis berusia 24 tahun itu menegaskan kehebatan Dharma lebih terserlah ketika kamera mula merakam.

Ujar anak kepada penerbit drama sensasi, Datuk A. Aida itu, Dharma sentiasa menunjukkan disiplin tinggi di set selain gemar mengajak rakan pelakon membaca skrip bersama-sama sebelum penggambaran bermula.

“Saya boleh nampak perbezaan seorang legenda. Apabila beliau membawakan watak seorang ayah, karakter itu benar-benar meresap dalam dirinya.

Sebaik kamera mula merakam, perubahan beliau sangat ketara. Memang saya rasa terpukul melihat beliau berubah karakter begitu cepat,” ujarnya.

Tambahnya, beraksi di sisi Dharma memberikan inspirasi besar buatnya untuk terus serius dalam seni lakon.

“Selama ini saya hanya menonton lakonan beliau di televisyen, tetapi apabila dapat berlakon bersamanya, barulah saya benar-benar faham aura dimilikinya.

“Saya juga ada bertanya pandangan mengenai lakonan saya, dan alhamdulillah, beliau sering memberikan isyarat yang baik setiap kali ditanya,” tutupnya.

Selain Dharma dan Azeva, telefilem itu turut menampilkan barisan pelakon muda berbakat besar seperti Aniq Suhair, Aisya Hasnaa dan Ezzaty Abdullah.

Telefilem sarat emosi itu bakal menemui penonton pada 19 Oktober depan menerusi saluran Salam HD.