‘Bachelorette Usrah’ jadi isu, saya okey dipersalahkan – Betty Rahmad

Tampil menjawab segala kecaman, Betty berkata, pada awalnya dia mahu menggunakan nama berbeza tetapi akhirnya memilih ‘Bachelorette Usrah’ kerana merasakan lebih sesuai.

“Mula-mula nak letak ‘Bachelimah’ iaitu ‘bachelorette’ versi muslimah tetapi saya rasa macam buruk pula nama itu.

“Jadi saya letaklah Bachelorette Usrah,” katanya dalam platform Threads hari ini.

Betty juga memberitahu dia tidak kisah sekiranya dirinus dipersalahlan atas penganjuran acara tersebut.

“Tak sangka pula jadi isu.

“Tidak mengapa, saya okey untuk dipersalahkan,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia sempat menggalakkan orang ramai mengadakan majlis sebegitu termasuk menyelitkan sesi usrah bersama bakal pengantin.

“Seronok ya kami punya Bachelimah itu. Dapat dengar tazkirah bertajuk Menuju Pintu Syurga Isteri Solehah daripada Ustazah Nazirah.

“Nanti kalian cubalah buat untuk diri sendiri atau kawan yang nak kahwin,” ujarnya.

Semalam, Amira yang bakal menamatkan zaman bujang pada Ahad ini sekali lagi diraikan dalam sebuah majlis berkonsepkan ‘bachelorette’ usrah anjuran rakan-rakan kelas agamanya baru-baru ini.

Majlis tersebut meraih kecaman ramai apabila dikatakan mengikut budaya barat dan merosakkan majlis usrah.
pelakon Fattah Amin membuat kejutan lamaran ketika Amira dan adiknya, Irfan Haris menyanyikan lagu duet terbaru berjudul Rasa & Takdir pada majlis pelancaran single tersebut di sebuah hotel.

Terdahulu, pelakon, Fattah Amin membuat kejutan lamaran ketika Amira dan adiknya, Irfan Haris menyanyikan lagu duet terbaru berjudul Rasa & Takdir pada majlis pelancaran single tersebut di sebuah hotel.

Sebelum ini, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 namun mereka selepas tujuh tahun.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. – HIBGLAM