Biarpun tanpa sebarang keterangan, gambar yang dikongsikan duda dua anak itu dalam InstaStory seakan-akan tanda dia dan wanita jelita itu akrab.
Memilih persalinan sedondon serba hitam, pasangan terbabit tampak ceria merakamkan detik gembira mereka di sebuah lokasi yang dirahsiakan.
Daripada carian, tempat mereka beriadah adalah di sebuah pusat sukan pickleball di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Mickey juga merupakan individu yang aktif beriadah terutama melakukan aktiviti di gimnasium selain kerap menyertai maraton.
Menjengah ruangan komen, ramai netizen memberikan respons positif dengan meninggalkan tanda suka yang bermaksud merestui hubungan mereka.
Malah ada pengikut laman sosial yang mengusik kedua-duanya selain berharap jodoh mereka dilancarkan.
“Approved (lulus),” kata seorang pemilik akaun Instagram.
“Bukan main lagi ‘cover’,” ujar netizen lain.
Sebelum ini, Nora yang juga ibu tunggal dua cahaya mata, pernah menerima kecaman netizen selepas didakwa terbabit dengan strategi ‘cheap marketing’.
Kontroversi mula diperkatakan apabila pelakon sitkom Puteri itu berkongsi foto seorang lelaki berkopiah sebelum memuat naik pula gambarnya mencium kopiah.
Terbaru lelaki dipercayai Mickey muncul dalam video berbaju Melayu dan bersamping sambil memegang kad undangan dengan huruf M dan N selain terpapar tarikh 8 September.
Begitupun, Nora tampil menjelaskan tiada sebarang majlis perkahwinan bakal berlangsung pada tarikh tersebut selain menegaskan dia tiada kaitan dengan kempen tersebut. – HIBGLAM