Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd. Zainuddin, 54, menyuarakan perkara itu selepas nama Fazura kembali dipetik susulan pengumuman perkahwinan bekas suaminya, Fattah Amin bersama penyanyi Amira Othman.
“Fazura itu di kelasnya yang tersendiri. Tak perlu bandingkan dia dengan sesiapa. Jauh bezanya, dia wanita mahal yang berkelas.
Dulu saya pernah doakan agar Fattah dan Fazura berbaik demi anak. Tetapi nampaknya Fattah lebih dulu mencari pengganti, sementara Fazura masih sendiri.
“Saya sayang Fazura, saya juga suka Fattah. Semoga mereka berbahagia dengan cara masing-masing,” katanya.
Tambah pelakon drama Rajuk Karina itu, dia kecewa melihat sikap segelintir wanita tanpa segan silu menindas kaum sendiri dengan menghambur caci maki.
“Sebagai perempuan, tentulah saya menyokong perempuan, sebab perempuan lebih faham perasaan perempuan
Saya baca banyak komen, perempuan lebih-lebih menghentam perempuan lain. Kata-kata itu sangat menyakitkan. Bila terkena pada diri sendiri baru tahu rasa. Saya kata, teruslah Fazura terbang tinggi, awak wanita kuat,” ujarnya.
Terdahulu, Fattah mengejutkan ramai apabila mengumumkan bakal bernikah dengan Amira pada 14 September ini, tarikh sama ulang tahun kelahirannya.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. – HIBGLAM