Bella Astillah teman Syed Saddiq adu kekuatan di Perancis

Pemergian Syed Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, ke Nice itu turut disertai ibu bapanya serta ibu dan adik Bella Astillah, Didi Astillah.

Rombongan keluarga ke acara sukan terbesar itu dilihat gamat apabila Didi mengusik dua anak saudaranya, Mohamed Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah malam tadi.

Senyuman putera sulung Bella itu mula kelihatan selepas dimaklumkan dapat mengikut ibunya ke Perancis kerana sebelum itu dia menangis kerana kononnya tidak dapat turut serta.

Namun momen paling mencuri perhatian adalah ketika Ahli Parlimen Muar itu menunjukkan tiket penerbangan kepada Ayden seterusnya menyuruhnya berterima kasih kepada ibu.

Suasana sebak dirasakan sebaik kanak-kanak itu bersama adiknya merangkul ibu mereka sambil disaksikan Syed Saddiq.

Sekali gus, keakraban pasangan digelar BASS serta kemesraan kedua-dua keluarga mereka apabila sama-sama memberikan sokongan ke Perancis membuatkan keterujaan peminat berganda.

Bahkan menerusi ruangan komen dalam hantaran video terbabit menyatakan selain Fattah Amin dan Amira Othman, BASS juga pasangan yang disenangi ramai.

“Suka dengan mereka sebab kedekatan terjaga. Tidak tergedik-gedik, kesopanan dijaga sebaik mungkin,” kata netizen.

Selain Syed Saddiq, kejohanan Ironman Dunia itu turut disertai seorang lagi wakil iaitu tokoh berpengaruh dalam pembangunan hartanah, Datuk Seri Dr Vincent Tiew. – HIBGLAM