Pakai baju longgar, Katrina Kaif hamil?

Dalam sebuah video yang tular dalam media sosial, Katrina dilihat memakai baju bersaiz besar seolah-olah ingin menutup bahagian perutnya.

Dia juga dilihat seperti kepenatan sewaktu berjalan keluar dari kereta sambil ditemani suaminya di sisi.

Di sebalik keghairahan peminat pasangan ini mengenai kononnya mereka bakal menimang cahaya mata, ada juga yang berpendapat mungkin apa yang dilihat dalam video itu sekadar ilusi.

Katrina dan Vicky mendirikan rumah tangga pada 2021 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta. – HIBGLAM