Program ini bertujuan memberikan sokongan kepada lebih 300 ekor kucing yang dipelihara di bawah jagaan pemiliknya, Nor Azhar Abdul Hamid.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran pelajar dan pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, yang membantu memasang permainan kucing serta terlibat dalam pengurusan logistik seperti menyusun dan mengagihkan stok makanan kucing yang disumbangkan.
Wakil Pengedar Adabi, Pengurus Besar Cawangan Johor, Encik Zainuddin Salleh, bersama 10 orang kakitangan Adabi turut serta dalam program ini.
Pihak Adabi berbesar hati dapat melibatkan diri bersama team Powercat untuk menjayakan program CSR ini. Kami turut menyediakan sarapan pagi menggunakan produk-produk Adabi seperti Kari Sardin Adabi Sandwich, bagi memberikan tenaga dan makanan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti hari ini.”
Pasukan Adabi sendiri turut turun padang untuk memasak dan menyajikan makanan sebagai tanda penghargaan kepada para sukarelawan, peserta dan tetamu yang hadir.
Turut hadir, Wakil Powercat, Puan Lina, bersama pasukan Powercat yang komited menjayakan program ini dari awal hingga akhir.
Pempengaruh media sosial terkenal, Faizdickie, turut memeriahkan program dan merakamkan detik istimewa untuk episod khas YouTube Si Comot Powercat.
Saya memang suka kucing dan sebelum ini saya juga aktif dalam CSR membantu kucing jalanan. Acara sebegini diharap dapat memberi contoh kepada mana-mana pihak untuk turut menyumbang kepada shelter-shelter kucing yang memerlukan.”

Pempengaruh, Faizdickie turut memberi sumbangan tersendiri terhadap rumah perlindungan kucing di Johor Bahru.
Menariknya, dua influencer kucing terkenal di media sosial turut memeriahkan acara ini, iaitu Micheal_Tam_Ticha dan Sorayya the Diva Cat, yang menjadi perhatian ramai pengunjung dengan kecomelan dan gelagat mereka.
Sementara itu, pemilik Cat Tiram Shelter, Nor Azhar Abdul Hamid, turut melahirkan rasa syukur atas sumbangan diterima.
Tiada apa yang dapat saya gambarkan, cuma kegembiraan dan rasa syukur atas sumbangan ini. Makanan kucing ini dapat membantu meringankan beban kami di shelter. Kami sangat berterima kasih kepada Powercat.”
Program “Purr-fect Care Si Comot by Powercat” bukan sahaja mencerminkan komitmen Powercat dan Adabi dalam menyemai kasih sayang terhadap haiwan, malah turut memperkukuh nilai kemanusiaan dan semangat komuniti melalui aktiviti-aktiviti CSR yang bermakna. – HIBGLAM