Semuanya gara-gara Bella atau nama sebenarnya, Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dilihat seperti tidak selesa dan dikatakan trauma sehingga menggigil selepas memberikan anugerah kepada Sophia dalam sebuah acara hiburan baru-baru ini.
Disebabkan momen itu, sejarah lama yang mungkin sudah dilupakan netizen kembali segar dalam ingatan.
Mana mungkin rakyat Malaysia boleh terlupakan pengakuan berani mati Sophia yang mengaku terjatuh cinta terhadap Aliff Aziz yang ketika itu masih berstatus suami kepada Bella.
Biarpun Bella mengunci mulut berhubung isu berkenaan, banyak pihak ‘bercakap’ bagi membela dirinya.
Antaranya penyanyi Adira yang merupakan teman rapat Bella mengaku ada menghubunginya untuk bertanya tentang keadaan selepas majlis tersebut.
Malah, pembantu peribadinya Niel Rafeq turut bersuara mengenai isu berbangkit itu.
Kawan yang terdekat saja tahu apa dia (Sophia) buat dekat hidup Bella dulu dan itu bukan cara dia menyampaikan anugerah.
“Tapi tadi (anugerah) jadi macam itu mungkin pada orang yang sudah memberi trauma pada hidup dia. Dia menggigil sebab trauma, dia saja pernah nampak apa yang orang tidak tahu sehingga hari ini,” tulis Niel dalam Instagram.
Difahamkan Niel memuat naik kenyataan tersebut untuk membela Bella yang diserang netizen dan didakwa tidak profesional ketika menyampaikan anugerah.
Tidak selesai di situ, Sophia ibarat meletak minyak di dalam api apabila membuat kenyataan balas yang cukup panas dan pedas.
Sophia dilihat cuba membela diri apabila dihentam penyokong Bella. Baginya kontroversinya bersama Aliff sudah menjadi sejarah dan tidak patut diungkit kembali mana-mana pihak.
Sudah berapa tahun punya kes. Kalau asyik nak ungkit, sampai bila pun tak akan selesai. Sedangkan Allah pun boleh ampunkan hamba-Nya.
“Awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat,” kata Sophia dalam komen balas kepada netizen yang mengecamnya.
Namun, kenyataan balas Sophia itu mengundang kemarahan banyak pihak yang menyifatkan dia cuba ‘play victim’ atau menjadi mangsa keadaan.
Dalam keadaan Bella memiliki penyokong BASS, Sophia sudah pasti teruk dihentam. Bella tidak perlu berbuat apa-apa, cukup dengan hanya membiarkan peminat ‘menyerang’ Sophia.
Cuma harus diingat industri hiburan Malaysia kecil sahaja, pusing-pusing akan jumpa wajah yang sama dalam mana-mana acara hiburan.
Mungkin ada benarnya, Bella sudah ‘move on’ tetapi untuk melupakan apa yang pernah berlaku mungkin tidak. Berhenti beri kenyatan kerana hanya berdiam diri adalah cara terbaik menenangkan semua pihak dan mengelak netizen mengutip ‘dosa percuma’ setiap masa. – HIBGLAM