Menurut Suria FM, Suraya disifatkan sebagai staf yang berdedikasi tinggi sepanjang sembilan tahun berkhidmat di stesen radio tersebut.
“Sepanjang sembilan tahun berkhidmat di Suria FM, Suraya sentiasa memperlihatkan komitmen dan profesionalisme yang tinggi, menjadi inspirasi kepada rakan sekerja.
“Pihak Suria FM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi yang tidak ternilai selama ini.
“Kami mendoakan yang terbaik buat Suraya dalam setiap langkah dan cabaran baharu yang bakal ditempuhi selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Suraya pernah menjadi penyampai radio Morning Morning Suria sebelum diberi tanggungjawab mengendalikan dua segmen pada Sabtu Ahad iaitu Suria Hujung Minggu (6 hingga 10 pagi) dan Hello Suria (2 petang hingga 7 malam).
Sebelum Suraya, aktor Datuk Fizz Fairuz pada 18 Julai lalu mengejutkan ramai apabila mengumumkan pengundurannya daripada kerjaya sebagai penyampai radio di Suria FM menerusi segmen Morning Morning Suria. – HIBGLAM