Sudahlah ditipu, Abby Abadi dakwa dapat LOD

Selepas luahan tersebut, terbaharu Abby mendakwa syarikat dimaksudkan bakal menghantar Letter Of Demand (LOD) kepadanya.

Kata Abby, surat tuntutan itu dihantar atas alasan fitnah dan tindakannya yang sebelum ini didakwa menjatuhkan reputasi mereka termasuk mendatangkan kecederaan kepada anak-anak.

Menurut selebriti itu lagi, setakat ini pihaknya sudah ke tempat suami individu terbabit dan membayar balik wangnya membabitkan penipuan kedua.

Diva pun difahamkan Abby menyeru mana-mana pihak yang pernah menjadi mangsa pasangan itu tampil dan membuat laporan polis. Kita doakan semoga urusannya dilancarkan selain isu yang melandanya kini dapat diselesaikan dengan baik.

DIVA: Buat serawa durian pun Marissa Dania kena hentam.