‘Sama ada mereka jalin hubungan sulit atau sekadar malu’

Pasangan yang sedang berpelukan itu dikenali sebagai Andy Byron yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Astronomer dan Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikatnya, Kristin Cabot.

Sewaktu kamera menghala ke arah mereka, vokalis Coldplay, Chris Martin sempat berseloroh tentang reaksi pasangan tersebut yang terkejut sejurus melihat wajah mereka terpampang di skrin gergasi.

Lihat mereka berdua. Sama ada mereka menjalin hubungan sulit atau mereka sekadar malu,” kata Chris.

Andy dan Kristin masing-masing sudah berumah tangga dan memiliki anak bersama pasangan masing-masing.

Selepas video skandal mereka tular, isteri Andy yang dikenali sebagai Megan Kerrigan Byron dikatakan bertindak membuang nama suaminya daripada akaun Facebook.

Netizen turut membongkar  wanita yang berada di sebelah pasangan itu sewaktu dirakam merupakan salah seorang pekerja di syarikat Astronomer yang baru sahaja dinaikkan pangkat oleh Kristin sebagai pengarah kanan.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang dibuat oleh Andy tentang insiden tersebut.  – HIBGLAM