Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, laporan dibuat Amy atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Abdul Rahman, 67, semalam itu lebih kepada laporan balas dibuat Shila Amzah sebelum ini.
Ya ada, tapi lebih kepada covering report dan penafian. Laporan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi,” katanya hari ini.
Terdahulu, media melaporkan isteri kepada Amy Search iaitu Datin Norhasniza Hassan berkongsi foto mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Sebelum ini, Shila Amzah telah membuat laporan polis menyatakan dirinya telah diserang penyanyi lagenda sebelum mengesahkan individu yang dimaksudkan adalah bapa kepada pelakon Nabila Huda. – HIBGLAM