‘Bakal sepentas lagi dengan Amy, bawa pengawal peribadi’

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah 35, bagaimanapun berkata, sebagai penyanyi yang sudah lebih dua dekad bertapak dalam industri seni, dia akan sentiasa bersikap profesional.

“Saya seorang yang profesional. Saya tak pernah ada masalah dengan sesiapa sepanjang 25 tahun bergelar penyanyi. Perkara sebegini tidak pernah sama sekali terjadi dalam hidup saya.

‘Client’ berhak memilih siapa artis yang mereka akan undang. Saya tak boleh nak letak syarat kalau ada saya tak boleh ada dia. Industri kita kecil sahaja. Kita sendiri kena pandai jaga diri.

“Cuma kita mungkin minta pihak ‘client’ untuk pastikan keselamatan terjaga. Atau mungkin kita sendiri yang akan sediakan pengawal peribadi,” katanya ketika ditemui di konsert minggu keempat Raise The Star Malaysia, semalam.

Ditanya bagaimana situasi konsert baru-baru, kata pelantun lagu Patah Seribu itu, dia langsung tidak bertembung dengan Amy.

Sewaktu hari konsert berlangsung, ada pengawal keselamatan serta polis yang mengawal keadaan. Jadual juga diubah untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Terdahulu Khamis lalu Shila mendedahkan dia ‘diserang’ Amy sewaktu sesi latihan Konsert Ulang Tahun Ke-20 Mr D.I.Y di Stadium Merdeka.

Terkesan dengan insiden tersebut sehingga mencetuskan ‘anxiety’, Shila membuat laporan  polis.

Sehingga kini pihak Amy masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu. – HIBGLAM