TIDAK perlu kisah cinta atau wanita cantik untuk menarik perhatian penonton, cukup babak aksi hebat serta himpunan pelakon berkualiti.
Itu yang dibawa pengarah Choi Sung-eun menerusi drama Korea terbaharu berjudul Mecry For None yang kini menjuarai carta naskhah paling popular dalam Netflix.
Drama lapan episod ini membariskan ramai pelakon hebat seperti So Jo-sub yang membawa watak Nam Gi-jun, Heo Jun-ho (Lee Jun-woo), Choo Yeong-woo (Lee Geum-son) dan Lee Jun-hyuk (Nam Gi-Seok).
Mercy For None mengangkat tema pembalasan dendam oleh Gi-jun yang mencari pembunuh dan dalang di sebalik kematian adiknya, Gi-seok.
Sepanjang tempoh mencari pembunuh sebenar, satu demi satu rahsia lain terlerai terutama membabitkan dua kumpulan gengster berpengaruh di Korea iaitu Junwoo dan Bongsan. – HIBGLAM