Isteri satu-satunya kawan Lee Sang-soon

TERKENAL sebagai individu yang pendiam, penyanyi Lee Sang-soon membuat pengakuan tidak mempunyai sahabat selain isterinya, penghibur Lee Hyori.

Penyanyi berusia 48 tahun itu mengakui sangat berhati-hati dalam pergaulan sehingga tiada teman lain.

“Kata-kata sangat penting ketika bercakap. Itulah sebabnya saya memilih kurang bercakap dan tidak mempunyai ramai kawan.

Isteri sahaja merupakan satu-satunya kawan yang saya ada. Kami tinggal di kawasan luar Pulau Jeju selama 10 tahun.

“Apabila terlalu banyak bercakap dengan isteri, adakalanya saya tidak sengaja menyinggung perasaannya,” katanya.