Maid nikah, Ifa Raziah sanggup redah ‘13 jam’ ke Lampung

Wanita yang sudah lebih sedekad menjaga anak tunggalnya terpaksa pulang ke kampung bagi mendirikan rumah tangga sekali gus terpaksa berhenti kerja.

Menerusi perkongsian dalam laman sosialnya, Ifa menaiki dua penerbangan membabitkan masa selama 10 jam selain berkereta lagi tiga jam untuk memberikan kejutan buat Linda.

Perkongsiannya mengundang sebak kerana bekas pembantunya itu tidak menyangka majikannya muncul di depan mata sehingga air mata mereka bercucuran  sambil berpelukan.

Diva yang hati tisu ini pun bergenang air mata melihat kedua-dua mereka menangis terharu selepas masing-masing menahan rindu sebaik mereka bertemu.  Alahai, syahdunya.

DIVA: Dah boleh berhenti kot merengek minta ‘episod 9’ Stranger Things.