‘Maaf tak nyanyi semua lagu, ada 60 konsert lagi lepas ini’

Pengumuman mengenai sumbangan itu dibuat menerusi sebuah video yang ditayangkan sebelum konsert bermula.

Kira-kira 65,000 peminat membanjiri stadium demi menonton persembahan penyanyi nombor satu negara itu.

Kali terakhir Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, mengadakan konsert solo di stadium terbesar negara itu adalah pada tahun 2004 menerusi Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour.

Siti menyampaikan lebih 40 buah lagu menerusi empat segmen berbeza yang menceritakan perjalanan karier seninya selama tiga dekad.

Antara lagu popular yang didendangkannya adalah Purnama Merindu, Bisikan Asmara, Jerat Percintaan, Wajah Kekasih, Percayalah, Balqis, Ya Maulai dan Nirmala.

Maafkan saya jika ada lagu yang anda ingin saya nyanyikan tetapi saya tak menyanyi malam ini. Jangan risau ada 60 lagi konsert saya selepas ini,” katanya berseloroh.

Siti turut berduet bersama empat penyanyi undangan iaitu Umairah, Hafiz Suip, Noh Salleh dan penyanyi dari Indonesia, Cakra Khan.

Turut diundang untuk membuat persembahan dengannya ialah bintang kelahiran program Talk To My Manager iaitu Auddra atau Oddah yang menjadi penari latarnya menerusi persembahan lagu Destinasi Cinta.

Siti turut meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-47 di penghujung konsert yang jatuh pada tanggal 11 Januari. – HIBGLAM