‘Keluarkan barang bekas isteri bersebab, bukan membabi buta’

Bagaimanapun, menurut Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, buat masa sekarang dia tidak dapat berkongsi dengan lebih terperinci tentang tindakannya kerana masih menjalani proses mahkamah.

“Semua saya buat itu bersebab. Saya tak nak mengulas lanjut sebab masih dalam proses mahkamah.

Apa yang saya lakukan itu bukan secara terburu-buru atau membabi buta. Semuanya melalui nasihat daripada peguam juga.

“Selebihnya saya tak dapat nak komen. Saya minta maaf kerana saya perlu hormat prosiding mahkamah,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert separuh akhir Gegar Vaganza 12 (GV12) semalam.

Ditanya tentang dakwaan bekas isterinya mengenai beberapa barang miliknya hilang dan tidak dipulangkan, kata Nubhan, sekiranya perkara itu berlaku, wanita terbabit boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sekiranya ada, jika dia buat laporan polis sekalipun, saya akan bersedia untuk memberi kerjasama. Saya tiada masalah,” jelasnya.

Terdahulu, Dr. Afifah mendakwa Nubhan mengeluarkan semua barang miliknya dari rumah yang didiami dan tiga anak mereka ketika sedang bercuti di luar negara.

Susulan itu, dia kini terpaksa menyewa demi meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal di samping meneruskan kerjaya sebagai seorang doktor gigi. – HIBGLAM