Ezza sedia maklum gambar yang dikongsikan terbabit adalah hasil janaan kecerdasan buatan (AI) dan mengakui semua itu hanya gurauan semata-mata dengan Remy, 44.
Kami bergurau memang begini. Jangan ambil hati, ya,” demikian penjelasan ringkas Ezza menerusi Threads.
Dalam hantaran sama, Ezza memuat naik tangkap layar memaparkan Remy berkongsi foto bersama wanita itu.
Sudah terbiasa dengan cara Remy, Ezza berseloroh menyifatkan tindakannya itu sebagai ‘gila’.
Kenapa ada ‘dimple’ (lesung pipit) juga,” soal Ezza dalam tangkap layar dikongsikan.
Remy kemudian menjawab: “Manalah saya tahu. ChatGPT punya kerja. Saya nak muat naik ke IG Story.”
Sebelum ini, aktor itu dituduh tidak menghormati isteri kerana memuat naik gambar menunjukkan dirinya bersama wanita hasil ciptaan AI. – HIBGLAM
