Bagaimanapun, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, bersyukur kerana tidak menuruti saranan tersebut dan menganggap keputusan berkenaan sebagai langkah tepat sepanjang bergelar anak seni.
“Waktu saya mula-mula masuk industri, saya pun disuruh benda yang sama (cipta kontroversi) tapi lebih teruk saya rasa.
Dia suruh saya pergi kelab malam, pegang arak dan ambil gambar. Kemudian sebarkan gambar itu hanya untuk cipta kontroversi.
“Saya bersyukur tak buat tindakan bodoh. Tidak mengapa Adriana,” katanya dalam Threads.
Bagi pelakon drama Kau Cipta Kasih itu, setiap individu mempunyai perjalanan dan rezeki tersendiri selain memberi kata-kata sokongan terhadap rakannya, Adriana.
“Semua orang ada ruang, perkembangan dan rentak sendiri. Kita hanya lakukan yang terbaik, selebihnya rezeki di tangan Tuhan.
Sekarang awak berada di landasan yang betul. Teruskan melangkah, saya sentiasa menyokong awak,” ujarnya.
Sebelum ini, Adriana menzahirkan kekecewaannya terhadap realiti industri seni yang menidakkan kemampuannya walaupun sudah memberikan komitmen penuh.
Dia juga memaklumkan pernah disuruh seseorang dalam industri hiburan untuk mencipta kontroversi agar menyerlah kerana terlalu bersih. – HIBGLAM
