Zed atau nama sebenar Rozaidi Jamil, 45, yang menewaskan pencabarnya, Betty Banafe menerajui persatuan itu bagi tiga penggal lagi berkuat kuasa sehingga 2028.
Katanya, persaingan dalam pemilihan tidak bersifat permusuhan, sebaliknya mencerminkan kematangan serta semangat demokrasi dalam kalangan ahli.
“Bagi kami yang bertanding, tiada istilah bermusuh. Ini proses demokrasi dan sesiapa sahaja berhak menawarkan diri untuk memimpin.
Pertandingan ini juga bersifat sihat dan niat semua yang bertanding adalah murni, iaitu mahu memajukan persatuan,” katanya.
Zed turut menzahirkan penghargaan kepada ahli yang terus memberi kepercayaan kepadanya serta ahli jawatan kuasa (AJK) ahli baharu untuk bersama memperkukuh Seniman.
Terima kasih kepada semua ahli yang memberi kepercayaan kepada saya serta exco baharu bagi menjalankan tanggungjawab ini,” ujarnya.
Dalam pemilihan sama, jawatan Timbalan Presiden kekal disandang Rena Tan yang memperoleh 96 undi, menewaskan pelakon Ellie Suriaty dengan 60 undi.
Sementara itu, Hafiz Nafiah juga dikekalkan sebagai Setiausaha Agung, manakala Zarina Md Nor dilantik sebagai Bendahari.
Jawatan Penolong Setiausaha Agung pula dimenangi Salman Al Farisi tanpa bertanding.
Bagi kerusi Pemeriksa Kira-Kira, Sharifah Mohamad dan Samsuri Samsudin sekali lagi diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab berkenaan.
Seramai tujuh Ahli Jawatankuasa (AJK) turut dipilih menerusi proses undian bagi melengkapkan barisan kepimpinan baharu Seniman.
Mereka adalah Datuk Subash Sundaramoorthy, Lisdawati, Zizan Nin, Marissa Yasmin, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Zamshuri dan Ezlynn Ariffin. – HIBGLAM
