Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, dinikahkan sendiri bapanya, Mohammad Kamil Mustaffa.
Dia turut menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840 daripada Dr. Zamir, 41, sementara jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
Pada majlis tersebut, antara hantaran yang paling mencuri perhatian ialah nombor plat khas kereta “SIS5795”, gabungan simbolik nama Sissy serta tahun kelahirannya, 1995.
Bagaimanapun, jenis kenderaan yang bakal menggunakan nombor plat tersebut masih dirahsiakan.
Turut menjadi tumpuan ialah hantaran percutian bulan madu ke Rome, Italy sebagai simbol permulaan perjalanan bahagia mereka.
Sebelum itu, majlis dimulakan dengan acara pertunangan yang menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas dengan tiga dulang pihak perempuan.
Sissy turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda pengikat pertunangan.
Difahamlkan, pasangan tersebut mula berkenalan selepas Sissy menerima rawatan di klinik milik Dr. Zamir sekitar Januari lalu.
Terdahulu, dia mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Dengan Kamu pada 1 Disember 2025. – HIBGLAM
