‘Saya sayang Sharifah Shahora, ada orang nak melagaka-lagakan kami’ 

Namun disebalik kemeriahan itu terselit cerita kurang enak apabila ada pihak mendakwa pelakon Sharifah Shahora kurang senang dengan kehadiran Fazura apabila mencuka sewaktu mereka bertemu.

Enggan spekulasi negatif itu berlarutan, Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin, 42, dilihat kembali bertemu Sharifah Shahora dan menjelaskan keadaan sebenar.

Sewaktu bertemu, Shahora meluahkan kesedihannya kepada Fazura apabila dia dikecam hebat gara-gara wajahnya masam mencuka dalam video yang tular dalam media sosial itu.

Muka kita bisa, macam mana nak senyum. Kita pula letih berniaga. Faz tolonglah cakap dengan peminat you, kenapa peminat you melibatkan I. Apa salah I? Berderet tau. Sampai i tak nak kerja hari ini. Duduk je kat belakang,” luahnya.

Menurut Fazura, komen-komen tersebut bukan datang daripada peminatnya sebaliknya individu yang menyamar menjadi peminatnya.

“Semalam saya ada ambil gambar dengan kak Sharifah Shahora. Saya memang minat dia daripada dulu. Lakonan dia hebat. Saya juga bergambar dengan Rita Rudaini. Kami ni geng.

Kadang-kadang bukan peminat saya tetapi orang yang menyamar sebagai peminat saya nak melaga-lagakan dan mengecam artis-artis. Jangan percaya! Peminat-peminat saya semua penuh dengan kasih sayang. Saya sayang kakak saya ni. Takkanlah artis kena senyum 24 jam,” katanya kepada Shahora.

Tambah Shahora dia sudah lama mengenali Fazura sejak lakonan pertama Fazura menerusi filem Bicara Hati.

“Nasib baik Faz datang dan terangkan kepada saya hari ini. Kalau tidak tak balik saya hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, Rita Rudaini yang turut berada di situ dilihat ketawa melihat gelagat sahabat baiknya.

Pagi tadi dia marah. Dengan saya saya kena. Dia tak puas hati,” katanya.

Terdahulu video-video yang dikongsikan Fazura dalam InstaStory selama tiga hari dia berada di ekspo tersebut tular dalam media sosial.

Dia dilihat mengunjungi dan menyantuni rakan-rakan selebriti yang turut berniaga di sana antaranya Bella Astillah, Ifa Raziah, Noraniza Idris, Reen Rahim, Roslan Shah, Dynas Mokhtar dan Shuk Sahar. – HIBGLAM