Ini kerana Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, membawa masuk kakitangan syarikat pemindahan tanpa memberi notis selain menghantar kotak dan bungkusan ke rumah ibu bapanya secara tiba-tiba.
Rata-rata mengutuk peserta Gegar Vaganza 12 (GV12) itu selain mahu memboikot program realiti terbabit selain berharap dia berdepan dengan kifarah akibat tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap bekas isteri serta tiga anak mereka.
“Sebab dia ini lah dah tak tengok GV. Betapa setianya sejak musim pertama lagi,” tulis netizen.
“Boikot,” kata seorang pemilik akaun Instagram lain.
Terdahulu, pendedahan Dr. Fie atau nama lengkapnya Dr. Afifah Hidayah mengenai tindakan membawa keluar barangan milik bekas isterinya dari rumah ketika wanita berkenaan bercuti di luar negara.
Peguam syarie mewakili Dr. Fie, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan pihaknya akan memfailkan membuat laporan polis serta tindakan sivil terhadap bekas suami anak guamnya susulan insiden pecah masuk kediaman dan mengeluarkan barang-barang tanpa izin.
Peguam mewakili, Mohd. Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan pula memaklumkan tindakan dibuat bapa tunggal itu bukan kesalahan undang-undang berikutan kediaman terbabit juga miliknya.
Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata. – HIBGLAM
